82 peratus siswa terima vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

82 peratus siswa terima vaksin Covid-19

AHMAD Masrizal Muhammad berucap dalam sesi Town Hall bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM sempena Konvensyen MPP UiTM di Bangunan Canseleri di sini hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kadar vaksinasi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara mencapai 82 peratus manakala kakitangan universiti pula mencecah lebih 91 peratus setakat hari ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad berkata, peratusan tersebut adalah tinggi dan memuaskan  menandakan kesediaan setiap universiti menerima kembali pelajar masuk ke kampus dilihat sangat baik.

“Menguruskan pelajar era pandemik adalah sesuatu yang kritikal. Setiap universiti memiliki profil dan prosedur operasi standard (SOP) tersendiri.

“Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) contoh mempunyai cara dan kaedah tersendiri untuk memastikan pelajar dapat kembali ke kampus,” katanya.

Beliau berkata demikian  kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar UiTM 2021 dan mengadakan Sesi Town Hall di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, di sini hari ini.

Naib Canselor UiTM, Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof. Dr. Mohd. Sazili Shahibi turut hadir dalam program berkenaan.

Mengulas kaedah memudahkan vaksinasi dalam kalangan pelajar untuk sesi baharu, Masrizal memberitahu pelajar yang mendapat tawaran belajar ke universiti boleh membawa surat tawaran ke Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV).

“Jika ada pelajar yang belum divaksin akibat masalah sistem pendaftaran  mereka boleh ke mana-mana PPV dan tunjukkan surat tawaran belajar.  Surat tawaran itu penting untuk menjadi laluan pantas (green lane) untuk mereka mendapat vaksin sebelum masuk universiti,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya