53,000 mahasiswa UiTM kembali ke kampus - Utusan Malaysia

53,000 mahasiswa UiTM kembali ke kampus

KOLEJ Kediaman Perindu di UiTM Shah Alam, Selangor mulai menerima kemasukan semula mahasiswa selepas beberapa bulan kampus ditutup akibat pandemik dan dalam masa sama kolej itu dahulu pernah dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sebelum ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 53,000 daripada 172,000 mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) kembali ke kampus di kesemua 35 cawangannya seluruh negara secara berperingkat mulai hari ini sehingga esok selepas kerajaan membenarkan mereka untuk meneruskan kuliah secara bersemuka.

Daripada jumlah itu seramai 6,473 mahasiswa kembali ke kampus UiTM di Shah Alam dan mula mendaftar masuk ke kolej kediaman mengikut giliran fakulti masing-masing dan sehingga jumlah yang dijangka kembali pada hari pertama (Jumaat) adalah 1,653, Sabtu (1,867) dan Ahad (1,344) serta mereka yang memohon untuk tinggal di kolej.

Manakala bagi kampus lain di Selangor seperti di Dengkil, Puncak Alam dan Puncak Perdana, seramai 10,723 mahasiswa dijangka kembali dalam tempoh sama.

Hal itu dimaklumkan Timbalan Naib Canselor UiTM, Prof. Mohd. Sazili Shahibi yang mengingatkan para mahasiswa perlu melalui ujian saringan sebelum dibenarkan kembali ke kampus dan mereka juga dibekalkan dengan kit ujian kendiri ketika mendaftar masuk.

“UiTM mengambil pendekatan, kita akan menyambut para mahsiswa pulang ke kampus menerusi tiga peringkat, pertama. Jadi para mahasiswa akan balik ke kampus secara berperingkat mengikut fakulti yang sudah pun disusun oleh pengurusan kolej.

“Mereka akan bermula dengan proses menjalani ujian saringan iaitu ujian kendiri dibekalkan kepada mereka. Sekiranya keputusan negatif, mereka boleh terus mendaftar kolej,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, tinjauan pemberita di kampus utama universiti terbesar itu mendapati kenderaan membawa pulang mahasiswa mula memenuhi pintu masuk kampus sejak pukul 9 pagi apabila pendaftaran dibuka pada waktu itu hingga 5 petang.

Rata-rata mahasiswa ketika ditemui memilih untuk berada di kampus walaupun sesi pembelajaran masih lagi dilaksanakan secara online distance learning (ODL) kerana kemudahan Internet serta fasiliti lain yang mudah didapati seperti perpustakaan, makmal penyelidikan dan sebagainya.

Penghuni Kolej Perindu, Akmal Hakim, 21, dari Kuching, Sarawak meluahkan teruja berada di kampus dan dalam masa sama merantau jauh di Semenanjung ketika pandemik.

“Syukur, perjalanan ke sini lancar walaupun ketika pandemik, tambah pula dapat tinggal di Kolej Perindu yang terkenal dalam kalangan mahasiswa dan aluminium UiTM. Teruja juga dapat ke semenanjung, sebelum ini pengajian di peringkat diploma di kampus Samarahan,” luahnya.

Sementara itu penghuni Kolej Mawar, Maizatul Shamira, 22, yang berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang memberitahu, walaupun masih menjalani kelas secara ODL, namun pengajiannya dalam bidang kejuruteraan kimia memerlukannya menggunakan kemudahan dalam kampus.

“Alhamdulillah, akhirnya dapat kembali ke kampus dan belajar lebih selesa di samping kemudahan seperti makmal dan jaringan internet, sebab ada tugasan yang perlu diselesaikan menggunakan semua fasiliti fakulti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Sazili menambah, pengurusan di kampus Shah Alam turut menyediakan ruang isolasi bagi mahasiswa yang keputusan ujian saringannya didapati positif Covid-19 dan mereka akan dikurantinkan dalam blok khas di Kolej Meranti.

“Mereka diberikan pilihan sekiranya mahu pulang untuk meneruskan pengajian secara online distance learning (ODL) atau mahu masuk juga ke kolej, tetapi akan ditempatkan di satu blok dikhaskan kepada mereka.

“Kolej Meranti dipilih sebagai tempat isolasi kerana terletak di luar kawasan kompaun UiTM Kampus Shah Alam,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya