16 rumah setinggal musnah dalam kebakaran - Utusan Malaysia

16 rumah setinggal musnah dalam kebakaran

KEBAKARAN yang memusnahkan 16 buah rumah setinggan di Skim Penempatan Telipok di Kota Kinabalu, hari ini.-IHSAN Bomba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seramai 128 orang tinggal sehelai sepinggang apabila 16 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Skim Penempatan Telipok, di sini hari ini.

Ini adalah kejadian kebakaran kedua dilaporkan di skim penempatan tersebut. Kes kebakaran pertama berlaku pada 11 September lalu yang memusnahkan 23 buah rumah setinggan membabitkan 115 orang mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 1 petang itu menyebabkan 17 buah keluarga kehilangan tempat tinggal setelah rumah mereka musnah dalam kebakaran.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 1.19 petang dan sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 19 kilometer.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, didapati dua deret rumah setinggan 16 pintu sudah terbakar 90 peratus.

“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan empat aliran air daripada lori tangki air bomba.

“Operasi pemadaman tamat pada 5 petang tadi dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kesemua mangsa akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Dewan Damai, Luyang. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya