Zaman Khan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Zaman Khan meninggal dunia

ZAMAN KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN)  kira-kira pukul 10.25 pagi tadi.

Utusan Malaysia menerima khabar sedih itu daripada bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar yang juga memaklumkan jenazah allahyarham akan di bawa ke Masjid Bukit Aman.

“Jenazah akan dibawa ke Masjid Bukit Aman untuk disembahyang,” jelasnya.

Haniff juga amat bersedih dengan pemergian tokoh besar itu dan memberi gambaran mereka berdua berkongsi hubungan istimewa seperti adik dan abang.

“Hari ini saya kehilangan adik lelaki saya,” katanya sugul.

Berita itu turut disahkan oleh anak allahyarham, Zakimi Zaman Khan dan beliau menjelaskan ahli keluarga masih dalam keadaan sedih. 

“Kita sedang mengusahakan untuk kebumikan allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. 

“Sudah tentu kami semua bersedih atas pemergian bapa kami yang tercinta,” katanya.

Sebelum ini, Allahyarham yang mempunyai masalah buah pinggang, pengsan ketika sedang menunggu temu janji berjadual dengan doktor di HKL kira-kira jam 11 pagi dan diberikan bantuan pernafasan.

Kemudian, allahyarham telah dimasukkan ke dimasukkan ke High Dependency Unit (HDU) Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemerhatian rapi.

Pada Januari tahun lalu, Zaman Khan pernah menjalani rawatan di HKL susulan mengalami pendarahan dalam usus.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya