Yuserrie jalankan tugas fungsi Naib Canselor UMP - Utusan Malaysia

Yuserrie jalankan tugas fungsi Naib Canselor UMP

YUSERRIE ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin kini dilantik menjalankan tugas dan fungsi Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP). 

Beliau menjalankan fungsi Naib Canselor UMP berkuat kuasa 29 Ogos lalu bagi menggantikan Prof. Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff yang telah tamat tempoh lantikannya pada 28 Ogos lalu. 

Yuserrie mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi atas pelantikan itu dalam menggalas tanggung jawab bagi menjalankan fungsi Naib Canselor UMP sehingga proses pelantikan Naib Canselor yang baharu selesai.  

Bagi tujuan itu, Yuserrie mengharapkan dapat bersama-sama dengan warga UMP untuk meneruskan agenda bagi menentukan pencapaian universiti berkenaan ke tahap yang lebih cemerlang.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Wan Azhar yang telah menunjukkan kepimpinan dan prestasi yang baik dalam menerajui UMP selama ini. 

“Kita mengharapkan dapat bersama-sama menjalankan aktiviti yang telah dirancang untuk memastikan Pelan Strategik UMP 2021-2025 (UMP 25) dapat dilaksanakan dan dicapai dengan baik,” katanya. 

Yuserrie tiba di Pejabat Naib Canselor  hari ini dengan disambut Pendaftar/ Ketua Pegawai Operasi UMP, Hazmin Aris dan staf di Bangunan Canseleri Tun Abdul Razak UMP di Pekan, dekat sini.  – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya