Wanita ditemukan meninggal dunia di rumah - Utusan Malaysia

Wanita ditemukan meninggal dunia di rumah

Petugas Kementerian Kesihatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di rumah di Taman Jaya Diri Sepanggar di Kota Kinabalu hari ini.-IHSAN Bomba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kegagalan seorang anak menghubungi ibunya sejak semalam akhirnya terjawab apabila wanita tersebut ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Taman Jaya Diri, Sepanggar hari ini.

Mangsa, Jamiah Suradi,65, yang tinggal bersendirian sebelum ini turut mengadu sakit dan mengalami sesak nafas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, kegagalan anak mangsa menghubungi ibunya menyebabkan mangsa meminta pertolongan jiran mereka untuk melihat keadaan ibunya.

Bagaimanapun, pintu rumah didapati terkunci dan tiada sebarang jawapan daripada mangsa ketika dipanggil. Maka, anak mangsa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah untuk meminta bomba membuka pintu.

BBP Lintas menerima panggilan kecemasan bagi membuka pintu rumah mangsa pada pukul 4.37 petang tadi dan sepasukan pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati tidak sedarkan diri di atas kerusi di bahagian ruang tamu rumah tersebut dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya