PUTRAJAYA: Proses vaksinasi kepada pelajar akan berjalan serentak dengan pembukaan sekolah yang akan bermula 3 Oktober ini secara berperingkat.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, prosedur operasi standard (SOP) berhubung pembukaan sekolah juga akan diumumkan Kementerian Pendidikan tidak lama lagi.
Beliau berkata, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali diberi tanggungjawab sebagai penyelaras program vaksinasi untuk golongan remaja.
“Kebanyakan pelajar akan divaksinasi di sekolah,” katanya dalam sidang akhbar hari ini. – UTUSAN ONLINE