Usia 65 tahun wajar jadi penanda aras - Utusan Malaysia

Usia 65 tahun wajar jadi penanda aras

KERAJAAN perlu membentangkan Rang Undang-undang Antilompat Parti dalam sesi akan datang untuk dibahas dan diluluskan bagi menjamin kestabilan kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 boleh diadakan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Semua parti politik digesa meletakkan le­bih ramai calon muda untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) supaya negara dibarisi watak-watak politik baharu yang muda dengan idea lebih segar.

Pengerusi Keilmuan Na­sio­nal, Zambri Mohd. Isa berkata, umur setakat 65 tahun dilihat sesuai menjadi penanda aras bagi setiap calon PRU-15 memandangkan penjawat awam di negara ini juga bersara daripada perkhidmatan mereka ketika usia berkenaan.

“Penjawat awam seperti ha­kim misalnya bersara pada usia 65 tahun.

“Jadi, kita berpandangan un­tuk pemimpin yang bakal membuat dasar-dasar negara, mereka juga perlu ada had umur yang sesuai.

“Jadi, kita harap parti-parti politik jangan lagi meletakkan calon yang usianya lebih 65 tahun dalam PRU-15,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Zambri yang turut terlibat dalam Gerakan Undi Calon Bawah 65 (#GUn65) berkata, gesaan berkenaan bukan bermaksud Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berusia lebih 65 tahun gagal menjalankan tugas mereka.

Namun, katanya, negara perlu menyediakan pemimpin pelapis yang lebih muda supaya lebih banyak idea baharu dapat diketengahkan untuk kebaikan rakyat serta pengundi di kawasan masing-masing.

“Pemimpin lama yang banyak pengalaman kita tidak nafikan jasa mereka, mereka boleh terus berjasa kepada rakyat walaupun tidak bergelar Ahli Parlimen atau ADUN.

“Pemimpin yang lebih berusia boleh bertindak sebagai penasihat kepada pemimpin muda menerusi pengalaman sedia ada mereka supaya idea lama dan baharu bergabung menjadi lebih segar,” katanya.

Dalam pada itu katanya, menerusi gerakan #GUn65 yang dilancarkan sebelum ini, gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu akan menjalankan kempen supaya pengundi menolak calon-calon daripada semua parti politik yang berusia lebih 65 tahun.

“Kami akan menyenaraikan calon-calon dari parti politik yang berusia lebih 65 tahun dan menjalankan gerakan agar rak­yat menolak mereka sekiranya dicalonkan lagi pada PRU-15.

“Malaysia memerlukan wajah politik yang baharu dan lebih muda serta mampu menjalankan tugasan dengan lebih aktif,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya