UMNO Pahang sambut baik saranan Mohamad - Utusan Malaysia

UMNO Pahang sambut baik saranan Mohamad

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Badan Perhubungan UMNO Pahang menyambut baik saranan Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamad Hasan agar Pas membuat pendirian sama ada mahu bersama Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, saranan itu wajar supaya tidak timbul sebarang konflik pada PRU-15 jika kedua-dua MN dan PN membuat keputusan untuk meletakkan calon masing-masing bertanding di kawasan-kawasan pilihan raya yang sama. 

Di Pahang, seperti mana diperakui sendiri oleh Pesuruhjaya Pas negeri, Rosli Jabar dan Timbalannya, Andansura Rabu; pilihannya MN yang bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

“MN juga diperakui sebagai model terbaik untuk politik negeri ini, demi kejayaan cemerlang menghadapi PRU-15,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Wan Rosdy berkata, beliau berharap, Pas Pusat dapat turut membuat pendiriannya seperti mana saranan Timbalan Presiden UMNO.

“Ia agar dapat turut mengelak kekeliruan dan syak wasangka bukan sahaja dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO malah saya percaya, juga dalam kalangan pemimpin dan ahli Pas sendiri,” katanya.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya