KUALA LUMPUR: Tindakan pantas pihak bomba bergegas ke kawasan kejadian berjaya menyelamatkan kesemua 28 keluarga yang mendiami rumah teres 2 tingkat di kawasan tersebut.
Justeru, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini di kawasan kejadian tanah runtuh Jalan Kemensah Height, Kemensah Height, Ampang yang dilaporkan berlaku malam tadi
Setelah mendapat panggilan, pasukan polis Daerah Ampang turut bertindak pantas ke kawasan kejadian bagi mengawal keadaan.
Tinjauan mendapati, berlaku gelongsoran tanah di bahagian belakang rumah teres 2 tingkat tersebut
Kesemua mangs.a yang diselamatkan telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara berdekatan.- UTUSAN ONLINE