BUKIT MERTAJAM: Bagi seorang pemuda di sini, segala-segalanya bermula apabila dia secara spontan memuat naik rakaman video mengenai perniagaan ‘chicken chop’ miliknya ke dalam aplikasi TikTok sementara menunggu kehadiran pelanggan, April lalu. Tanpa disangka, video tersebut menjadi tular dan sejak itu boleh dikatakan hampir setiap hari Muhd. Firdaus Kamarudin, 21, akan didatangi oleh pelanggan baharu. Anak kelahiran Dungun, Terengganu itu berkata, sebelum menjual ‘chicken chop’ di tepi jalan di Jalan Kota Permai di sini, dia pernah terlibat dengan perniagaan pakaian terpakai. “Ketika itu, saya banyak mempromosikan perniagaan melalui Facebook dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya