Tiga PPS dibuka di Johor Bahru, Pontian - Utusan Malaysia

Tiga PPS dibuka di Johor Bahru, Pontian

PPS yang dibuka di SK Melayu Raya bagi menempatkan 19 mangsa banjir di Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di dua daerah di negeri ini susulan kejadian banjir kilat selepas hujan lebat lebih enam jam sejak awal pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Kolonel Kamal Mokhtar berkata, dua daerah terjejas banjir adalah Johor Bahru dan Pontian.

Katanya, tiga PPS yang dibuka itu membabitkan PPS Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10, Skudai serta PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Skudai di daerah ini manakala sebuah lagi PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya di Pontian.

“Jumlah mangsa banjir di dua PPS di Johor Bahru yang dibuka sejak 10 pagi sedang dikemas kini berikutan pertambahan mangsa.

“Sementara itu, PPS di Pontian dibuka pada pukul 11 pagi tadi menempatkan 19 mangsa daripada lima keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kamal berkata, PPS Dewan Raya Kg Melayu Batu 10 dikhaskan untuk mangsa banjir yang perlu menjalani kuarantin berikutan menjadi kontak rapat kes Covid-19.

Sehubungan itu, mangsa banjir yang lain pula ditempatkan di PPS SMK Skudai bagi memastikan mereka tidak bercampur.

Terdahulu, kira-kira 100 buah rumah di tiga kampung di Pasir Gudang dinaiki air pada waktu pagi setelah hujan lebat berlarutan hampir tiga jam, bagaimanapun, tiada mangsa dipindahkan ke PPS di kawasan itu.

Banjir turut berlaku di Jalan Skudai, Batu 10, Kampung Laut, Skudai, di sini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya