Tidak patut beri taraf warganegara bayi lahir bukan di Malaysia - Utusan Malaysia

Tidak patut beri taraf warganegara bayi lahir bukan di Malaysia

MOHD. YUSSOF LATIFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bayi yang lahir di luar negara tidak seharusnya diberikan taraf warganegara walaupun ibu atau bapa kepada bayi tersebut merupakan warganegara Malaysia. 

Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Tan Sri Mohd. Yussof Latiff berkata, hal itu kerana pasangan berkenaan telah pun berkahwin dan tidak menetap di negara ini. 

Justeru, beliau menggesa kerajaan supaya meminda Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan mengenai warganegara anak yang lahir di luar negara adalah mengikut warganegara bapa. 

Katanya, peruntukan itu harus dipinda dan digantikan dengan bapa atau ibu yang berkahwin dengan rakyat asing dan mempunyai anak kelahiran luar negara tidak layak mendapat status warganegara Malaysia. 

“Saya tidak faham kenapa rakyat yang telah berhijrah dan menetap di luar negara serta berkahwin dengan warga asing tetapi secara tiba-tiba anak mereka mahu dijadikan warganegara Malaysia secara automatik. 

“Bayangkan senario bagi seorang anak yang lahir di luar negara hasil perkahwinan seorang wanita warganegara Malaysia dengan lelaki Caucasian warganegara Amerika Syarikat. 

“Keluarga itu menetap di Amerika Syarikat dan anak yang dibesarkan di negara asing itu tidak faham sepatah pun perkataan bahasa kebangsaan tetapi tiba-tiba anak itu adalah warganegara Malaysia. Apa makna semua ini?

“Status warganegara adalah elemen maruah negara utama kerana jika seseorang menjadi warganegara, mereka bukan sahaja layak menikmati segala kemudahan pendidikan dan perubatan di malah layak mengundi dan bertanding dalam pilihan raya umum dan menjadi Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

9 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan kewarganegaraan automatik kepada anak dilahirkan di luar negara ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan warga asing. 

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir memutuskan perkataan “bapa” dalam Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan perlu bermaksud dan termasuk ibu.

Bagaimanapun, 13 September lalu, kerajaan memutuskan mengemukakan rayuan untuk membatalkan keputusan tersebut yang mengundang kritikan ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang. 

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menjelaskan, rayuan itu bertujuan untuk menangguhkan pelaksanaannya sementara perlembagaan dipinda memudahkan ibu-ibu Malaysia yang berkahwin dengan warga asing untuk melahirkan anak di luar negara.

Semalam di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menggesa kerajaan menarik semula tindakan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah bahawa seorang ibu juga boleh menurunkan status kerakyatan kepada anaknya.

Beliau mencadangkan supaya hak warganegara anak tidak diberi kepada bapa warga Malaysia yang anaknya lahir di luar negara jika  jika kerajaan ingin berlaku adil. -UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya