KUALA LUMPUR: Kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Height, Kemensah Height dekat Ampang semalam melibatkan 19 buah rumah yang didiami 28 keluarga terjejas.
Sehingga kini, tiada mangsa cedera dilaporkan.
Tinjauan mendapati kejadian hujan di kawasan tanah runtuh tersebut dibimbangi membantaskan kerja-kerja pihak berkuasa mengawal keadaan setempat.
Pihak polis didapati sedang mengawal lalu lintas di kawasan berdekatan bagi mengelakkan kesesakan bertumpu di kawasan tersebut.
Kesemua mangsa telah dipindahkan ke pusat pemindahan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya. -UTUSAN ONLINE