SOP masjid, surau Negeri Sembilan Fasa 3 PPN diumum minggu hadapan - Utusan Malaysia

SOP masjid, surau Negeri Sembilan Fasa 3 PPN diumum minggu hadapan

ZAIDI Ramli (tengah) bergambar bersama pegawai JHEAINS dan ahli Persatuan Belia Dinamik Barat yang akan terlibat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Yan, Kedah pada Majlis Flag Off di Bangunan JHEAINS, Seremban hari ini. UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Prosedur operasi standard (SOP) bagi masjid dan surau di Negeri Sembilan bagi Fasa 3, Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan diumum minggu hadapan. 

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Datuk Mohd. Zaidi Ramli berkata, pihaknya kini menunggu perkenan daripada

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berhubung SOP dan jumlah kehadiran lebih ramai jemaah. 

“Apabila Negeri Sembilan telah mendapat dapat imuniti berkelompok dan mencapai lebih 80 peratus penerima dua dos vaksin bagi kami ia adalah nikmat Allah SWT dan JHEIANS akan berusaha untuk membuka dengan lebih luas masjid dan surau. 

“Pihak kami sedang menunggu titah daripada Tuanku Muhriz  dan saya harap keadaan sekarang ini kondusif kepada semua umat Islam kerana dapat mengimarahkan masjid seperti biasa. 

“Sekarang kami telah menyiapkan SOP bagi mereka yang sudah sudah mendapat dua dos vaksinasi dan saya jangka dalam seminggu lagi akan berlaku perubahan,” katanya selepas merasmikan Majlis Flag-Off Sahabat JHEAINS ke Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Yan, Kedah di sini hari ini. 

Seramai 18 orang pegawai JHEAINS  ahli Persatuan Belia Dinamik Barat terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan selama dua hari tersebut yang akan membantu membersihkan kawasan masjid dan memasang paip yang rosak akibat bencana kepala air yang berlaku di kawasan itu baru-baru ini. 

Sementara itu, menurut Zaidi, pihaknta mahu jemaah masjid dan surau kekal menjaga SOP dan tidak mengambil mudah peraturan yang ditetapkan. 

“Cuma saya berharap agar masyarakat menghargai ruang dan menjaga SOP supaya tidak mengambil mudah dan jangan lalai,” katanya yang turut memberitahu lebih 80 peratus ahli jawatankuasa masjid dan surau seluruh negeri ini telah lengkap menerima dos kedua vaksin Covid-19.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya