SOP Covid-19: Mangsa enggan tinggal di pusat penempatan sementara - Utusan Malaysia

SOP Covid-19: Mangsa enggan tinggal di pusat penempatan sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Seramai kira-kira 32 keluarga serta penghuni dua buah banglo di Kemensah Height, di sini dikatakan enggan tinggal di tempat penempatan sementara sehingga kawasan kediaman mereka selamat untuk didiami.

Sebaliknya, mereka dilaporkan pergi ke hotel dan rumah saudara mara berhampiran bagi mengelakkan berkumpul dalam suasana sesak untuk mencegah daripada jangkitan wabak Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan Pegawai Bomba Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Mohd. Zamzuri Baharuddin yang memberitahu terdapat dua dewan disediakan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi penempatan mangsa tanah runtuh di Kemensah Height.

“Mereka semua diberikan kemudahan untuk berpindah di pusat sementara, tetapi mangsa memberitahu enggan berkumpul di sana kerana bimbang dengan masalah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19. 

“Jadi mereka memberitahu mahu tinggal sementara di rumah saudara mara berhampiran serta hotel sehingga kediaman selamat untuk kembali diduduki,” katanya dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan kejadian tanah runtuh berlaku di Kemensah Height membabitkan tiga buah banglo yang terletak di bahagian atas tebing Sungai Kemensah.

Tanah runtuh terbabit dilaporkan turut menimbus sungai berkenaan sehingga menyebabkan airnya melimpah keluar dan membanjiri 16 unit rumah bandar yang terletak di kawasan berhampiran.

Seramai 32 keluarga dilapor diarahkan berpindah bagi memastikan keselamatan mereka sementara kerja-kerja pemeriksaan dan pembaikan dilakukan. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya