Semua tadika swasta, pusat perkembangan minda dibenar beroperasi negeri Fasa 1, 2 - Utusan Malaysia

Semua tadika swasta, pusat perkembangan minda dibenar beroperasi negeri Fasa 1, 2

Kebenaran beroperasi bagi tadika dan taska memberi kelegaan kepada ibu bapa yang bekerja. GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan menjelaskan, semua tadika swasta, termasuk tadika yang berada di sekolah swasta,  sekolah antarabangsa dan di sekolah ekspatriat dibenarkan beroperasi bermula Jumaat lalu bagi anak anak-anak yang ibu bapa atau penjaga bekerja. 

Kementerian terbabit dalam kenyataannya berkata, kebenaran itu turut terpakai kepada pembukaan pusat perkembangan minda bagi murid berumur empat hingga enam tahun di negeri Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

Katanya, penjelasan itu dibuat kerana masih terdapat kekeliruan berkaitan pengoperasian  tadika swasta dan pusat perkembangan minda selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 15 September lalu yang memberi kelonggaran pembukaan institusi itu.

“Pengoperasian ini tertakluk kepada kapasiti bilik darjah dengan  penjarakan fizikal yang ditetapkan,” katanya hari ini. -UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya