Sempat mengucap dua kalimah sebelum hilang - Utusan Malaysia

Sempat mengucap dua kalimah sebelum hilang

MOHD. Ibrahim (kiri) dan Mahadi Ibrahim menunggu Mohd. Noor Mamat yang dikhuatiri lemas di perairan Kuala Dungun di Dungun, hari ini. - NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Nelayan yang dikhuatiri lemas di perairan Kuala Dungun di sini semalam sempat mengucap dua kalimah syahadah selepas terjatuh daripada bot.

 

Rakannya, Mohd. Ibrahim, 63, berkata, kalimah berkenaan diulang beberapa kali oleh Mohd. Noor Mamat, 67, berikutan panik dengan situasi cemas selepas bot dinaiki mereka dilambung ombak ketika memasuki kawasan muka kuala. 

 

“Saya minta dia bertenang dan cuba mengapungkan diri mengikut pergerakan ombak sebab kami tidak memakai jaket keselamatan di samping tiada objek untuk berpaut.

 

“Pada awalnya, jarak antara kami dekat, tetapi, lama-kelamaan mangsa semakin jauh dan sebaik sahaja tekong berpatah balik untuk membantu, dia sudah hilang daripada pandangan,” katanya ketika ditemui hari ini.

 

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.55 petang itu, bot gentian kaca dinaiki kedua-dua warga emas berkenaan dikatakan dilambung ombak ketika pulang menangkap ikan.

 

Mohd. berkata, sepanjang kira-kira 10 minit terapung, badannya sudah tidak mampu untuk bertahan dan mujurlah bantuan tekong tiba tidak lama kemudian.

 

Sementara itu, tekong bot, Mahadi Ibrahim, 56, berkata, selepas menyedari rakan-rakannya terjatuh dia cuba berpatah balik secepat mungkin, namun, dihalang ombak besar. 

 

“Ketika berpatah balik, saya masih nampak kedua-kedua mereka tetapi apabila tiba ke sana, Mohd. Noor sudah hilang,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya