Selenggara longkang elak banjir kilat, kemalangan - Utusan Malaysia

Selenggara longkang elak banjir kilat, kemalangan

MOHD. ZAFFAROLLAH MOHD. NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Keadaan longkang terutama di sekitar Kampung Baru Hicom di sini perlu diselenggara dengan baik bagi mengelak bencana banjir serta kejadian tidak diingini berlaku seperti insiden kanak-kanak lemas tempoh hari.

Menurut Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja, Mohd. Zaffarollah Mohd. Nordin, beliau memandang serius masalah tersebut terutama apabila longkang yang menjadi lokasi kanak-kanak lemas itu tiada penutup.

“Sepanjang kawasan longkang tersebut kita dapati kawasan kanak-kanak malang itu jatuh tiada berpenutup. Kita berharap pihak berkuasa tempatan sentiasa memantau infrastruktur yang berisiko boleh menyebabkan kemalangan.

“Selain daripada kawasan berkenaan, kawasan berisiko banjir kilat seperti Kota Raja juga perlu dinaiktaraf sistem salirannya dari masa ke semasa,” katanya ketika ditemui.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan seorang kanak-kanak perempuan maut lemas akibat terjatuh ke dalam longkang di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, di sini kelmarin.

Kanak-kanak terbabit dipercayai terjatuh ke dalam longkang yang dilimpahi air berhampiran kawasan rumahnya akibat sebahagiannya dilihat tidak berpenutup.

Longkang berkenaan dilimpahi air yang menyebabkan banjir kilat di Kampung Baru Hicom selepas hujan lebat sejak pukul 4 petang dan berlarutan selama lebih empat jam.

Sementara itu, wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Arif Abdullah berkata, sistem saliran sedia perlu disenggara secara sistematik memandangkan hujung tahun adalah musim tengkujuh.

“Pertama kita akan menghadapi masalah banjir kilat disebabkan longkang tersumbat dengan sampah dan kedua taburan hujan yang tinggi bila musim tengkujuh tiba.

“Sebagai orang yang sudah lebih 30 tahun tinggal di Batu Tiga Shah Alam ini saya amat berharap pihak berkuasa tempatan memperbaiki sistem saliran seiring dengan kepesatan pembangunan,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya