Sahol Hamid yakin terhadap NC UiTM baharu - Utusan Malaysia

Sahol Hamid yakin terhadap NC UiTM baharu

SAHOL HAMID ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelantikan Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah satu pelantikan yang terbaik dan melalui proses yang begitu teliti.

Bekas Naib Canselor UiTM, Tan Sri Ir Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, pelantikan Roziah dipilih berdasarkan kewibawaan dan pengalamannya yang luas ketika berada di institusi itu.

Katanya, Roziah telah memegang pelbagai jawatan di UiTM dengan sentiasa melaksanakan tanggungjawab serta tugasnya dengan begitu cekap dan sempurna.

“Roziah yang saya kenali sememangnya bertanggungjawab dalam menyelesaikan tugasnya dengan sempurna. Itulah Roziah.

“Beliau mempunyai semangat dan jiwa yang kental untuk memajukan warga Bumiputera memperbaiki taraf hidup melalui pendidikan tinggi dalam semua bidang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor dilantik sebagai Naib Canselor UiTM baharu sekali gus menjadi wanita pertama menyandang jawatan berkenaan.

Pelantikan tersebut diumumkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad menerusi Facebook yang memaklumkan, surat pelantikan itu telah diserahkannya kepada Roziah.

Dalam pada itu, Sahol Hamid berkata, Roziah perlu memastikan kualiti universiti, pensyarah dan pelajar berada di tahap yang tertinggi serta meningkat maju dari semasa ke semasa di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Katanya, Beliau yakin dan percaya, Roziah mampu menggalas tanggungjawab ini dalam mencapai kejayaan bersama UiTM walaupun akan menghadapi pelbagai cabaran.

“Saya berharap Roziah dan UiTM akan terus memastikan anak melayu bumiputera UiTM tidak ketinggalan dalam pendidikan seterusnya meningkatkan kedudukan UiTM di peringkat antarabangsa,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya