Rumah rosak, angin puting beliung landa Chuah, Port Dickson - Utusan Malaysia

Rumah rosak, angin puting beliung landa Chuah, Port Dickson

BEBERAPA buah rumah rosak dilanda angin puting beliung dalam kejadian di Chuah, Port Dickson pagi tadi. - Media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON:  Satu kejadian puting beliung berlaku di Taman Bagan Kurnia, Chuah di sini pagi tadi yang turut mengakibatkan kerosakan beberapa rumah di kampung  berkenaan. 

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPPK) Kampung Bagan Kurnia, Awang Ahmad Awang Hussin, 59 berkata, kejadian yang berlaku kira-kira 10.45 pagi tadi itu yang pertama kali terjadi itu turut merosakkan atap beberapa rumah penduduk kampung itu. 

SEORANG penduduk Nursyuhada Abdul Haris menunjukkan atap rumahnya yang rosak akibat angin puting beliung di Kampung Bagan Kurnia, Chuah, Port Dickson hari ini. UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

“Kali pertama jadi kejadian puting beliung macam ini dan kami tidak pernah melihat angin sebegitu kuat. Buat masa ini, kami sedang memeriksa rumah yang rosak dan minta mereka mengambil senarai nama. 

“Kami akan mengadakan laporan polis terlebih dahulu dan saya dimaklumkan ada beberapa rumah yang agak teruk dipukul angin lebih lima minit tadi,” katanya hari ini. 

Sebanyak 400 buah rumah yang terdapat di kampung berkenaan. 

Dalam kejadian 10.30 pagi tadi, satu kejadian puting beliung berlaku sehingga menyebabkan beberapa rumah penduduk rosak teruk. -UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya