Rugi RM30,000, gerai, peralatan niaga rosak akibat banjir - Utusan Malaysia

Rugi RM30,000, gerai, peralatan niaga rosak akibat banjir

MOHAMAD Farizol Azhar Mat Razali melihat peralatan perniagannya yang rosak akibat banjir yang melanda di Alor Pongsu baru-baru ini ketika ditemui di Bagan Serai, Perak, semalam. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Lima peniaga mendakwa mengalami kerugian lebih RM30,000 apabila gerai dan peralatan perniagaan mereka rosak akibat banjir baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada peniaga gerai tepi jalan di Jalan Bagan Serai-Selama yang terletak berhampiran susur masuk ke Plaza Tol Alor Pongsu dekat sini.

Selain struktur gerai mereka rosak, pelbagai peralatan seperti pinggang mangkuk, dapur dan peralatan memasak yang lain rosak akibat banjir.

Peniaga, Mohamad Farizol Azhar Mat Razali, 32, dia tidak menyangka kejadian ban Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang rebak di Kampung Selekoh Matang Pasir pada 20 Ogos lalu menyebabkan banjir hingga ke kawasan dia berniaga.

“Air sungai yang melimpah sampai hingga ke tapak niaga di sini hingga mencapai paras 0.9 meter, memusnahkan keseluruhan barang dan peralatan perniagaan saya,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Menurutnya, segala peralatan berniaga seperti pinggan, kerusi meja dan peralatan dapur masak, hilang hanyut dibawa arus banjir.

“Peralatan niaga lain habis hanyut dibawa air banjir entah ke mana, yang saya temui hanyalah meja papan di dalam kebun sawit sejauh lebih 50 meter dari gerai,” katanya.

Menurutnya, selain daripada struktur gerai yang rosak, dua buah generator miliknya juga turut rosak.

“Gerai ini adalah punca pendapatan keluarga saya, apabila rosak, ia menjejaskan punca rezeki kami sekeluarga. Modal semasa membuka gerai menjual burger ini dahulu serta peralatan lain lebih dari RM7,000.

“Banjir memberi kesan kepada kami sekeluarga. Saya putus modal untuk membaiki gerai ini apatah lagi untuk membeli peralatan baharu untuk berniaga semula,” katanya.

Peniaga makanan, Noraishah Azizan, 44, berkata, semasa banjir, dia dan dipindahkan di pusat pemindahan banjir (PPV) bersama suaminya.

Katanya, apabila diberitahu berlaku ban RTB rebak, dia dapat merasakan banjir turut melanda kedai perniagaannya.

“Saya terkejut melihat keadaan gerai saya yang dinaiki air sehingga ke paras pinggang. Kebanyakan peralatan niaga tidak dapat diselamatkan kerana dibawa arus banjir,” katanya.

Menurutnya, hanya beberapa barangan sahaja yang sempat mereka selamatkan, yang lain dihanyutkan banjir.

“Dinding gerai rosak teruk disebabkan hentaman gelombang air yang terhasil dari kenderaan berat yang melalui jalan yang ditenggelami air. Saya anggarkan kerugian lebih RM6,000,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya