Pulau Pinang perlu beri penjelasan status projek terowong dasar laut  - Utusan Malaysia

Pulau Pinang perlu beri penjelasan status projek terowong dasar laut 

OH TONG KEONG (tiga dari kanan) dalam sidang akhbar berhubung isu projek terowong dasar laut di Ibu Pejabat Parti Gerakan Pulau Pinang, Georgetown, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Parti Gerakan negeri mendesak kerajaan negeri Pulau Pinang menjelaskan kepada rakyat berhubung isu terowong dasar laut yang mungkin akan digantikan dengan jambatan yang merentasi Selat Pulau Pinang. 

 

Pengerusinya, Oh Tong Keong berkata, sekiranya benar terowong dasar laut itu akan digantikan dengan jambatan, bagaimana kerajaan negeri mahu mengambil balik tanah yang telah diberikan kepada pihak konsortium sebagai satu pembayaran kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut berkenaan. 

 

“Tanah milik rakyat telah digunakan untuk membayar kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut. 

 

“Kami ingin tahu bagaimana kerajaan negeri mahu mengambil balik tanah ‘bayaran’ itu yang kini telah dimajukan dan dibina kondominium mewah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

 

Projek terowong dasar laut di Pulau Pinang yang berskala mega itu mengundang pelbagai kontroversi khususnya membabitkan kajian kebolehlaksanaan yang bernilai RM305 juta dan kelewatan menjangkau dua tahun berbanding jadual asal. 

 

Berdasarkan pelan asal, projek itu merangkumi empat komponen utama, iaitu tiga jalan perhubungan sepanjang 30 kilometer dan terowong dasar laut yang dianggarkan bernilai RM6.3 bilion. 

 

Menurut Tong Keong, dengan perkembangan terkini isu projek terowong itu, ramai berpendapat projek tersebut  sebenarnya tidak wujud dan menilai ia adalah satu bentuk penipuan. 

 

Katanya, difahamkan kos untuk membina jambatan merentasi Selat Pulau Pinang pula adalah RM3 bilion hanya separuh kos daripada RM6.3 bilion untuk membina terowong dasar laut. 

 

“Namun, persoalan di sini adalah bagaimanakah kerajaan Pulau Pinang menuntut balik wang yang telah dibelanjakan untuk kajian kebolehlaksanaan bagi pihak rakyat. 

 

“Kerajaan negeri harus memberi penjelasan kepada rakyat kerana tanah ini adalah tanah milik rakyat Pulau Pinang,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya