Projek Jiwa Murni ubah rumah uzur Aris - Utusan Malaysia

Projek Jiwa Murni ubah rumah uzur Aris

ARIS Md. Nor dan Ruzilawati terharu dan bersyukur apabila kediaman papan yang dibina pada tahun 1964 berubah menjadi binaan batu menerusi Projek Jiwa Murni, Kementerian Pertahanan di Felda Bukit Jalor, Tampin, hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang bekas tentera terharu dan bersyukur apabila rumahnya yang dahulunya diperbuat daripada papan berubah menjadi binaan batu selepas dia terpilih sebagai penerima Projek Jiwa Murni, Kementerian Pertahanan.

Aris Md. Nor, 62, berkata, dia tidak menyangka, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih menyantuninya walaupun dia bukanlah bekas tentera berpencen kerana perkhidmatannya tidak cukup tempoh 21 tahun.

Menurutnya, dia hanya sempat berbakti dalam pasukan tentera dengan jawatan terakhir sebagai koperal di 3 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja, Kuching, Sarawak pada tahun 1997 selepas 18 tahun berkhidmat.

“Bapa saya meninggal dunia semasa saya berkhidmat di Sarawak. Saya dapat pulang ke kampung, namun, jenazah bapa sudahpun dikebumikan.

“Kemudian, ibu meminta saya untuk berhenti berkhidmat dalam tentera bagi menjaganya yang sakit dan ketika itu, saya nekad tidak menyambung perkhidmatan dalam tentera,” katanya ketika ditemui di Felda Bukit Jalor, Gemencheh, di sini, semalam.

Aris berkata, dia dan isterinya, Ruzilawati Mohd. Noor, 60, kini menetap di rumah Felda peninggalan arwah ibu dan bapanya itu yang merupakan antara peneroka terawal di Felda tersebut pada tahun 1964.

Dia yang merupakan Imam 2, Masjid Kariah Felda Bukit Jalor, di sini berkata, bahagian hadapan rumahnya sudah terlalu uzur serta reput serta tidak sesuai untuk didiami lagi.

“Bagi membaik pulihnya sendiri, saya pula tidak mempunyai modal yang besar untuk berbuat demikian.

“Alhamdulilah, pada pertengahan bulan lalu, saya dimaklumkan rumah ini terpilih untuk dibaik pulih oleh anggota tentera sendiri,” katanya.

Menurutnya, dia sangat berbesar hati memandangkan semasa berkhidmat dulu, dia sering terlibat dengan projek berkonsepkan jiwa murni dalam sama-sama membersihkan kawasan dan rumah orang.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Datuk Mohd. Isam Mohd .Isa berkata, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh terdapat dua lokasi rumah bekas tentera yang terpilih untuk Projek Jiwa Murni berkenaan iaitu di Felda Bukit Jalor dan Felda Bukit Rokan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya