Pinjam duit ibu buka bisnes avocado - Utusan Malaysia

Pinjam duit ibu buka bisnes avocado

HASHIDAH Hashim menunjukkan anak pokok avocado yang hidup subur. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bermodalkan RM10,000 dipinjam dari ibu mereka, dua beradik membuka tapak semaian benih avocado di Taman Sri Cemerlang, di sini sebelum menjual anak pokoknya, beberapa bulan lalu.

Percaturan Hashidah Hashim, 56, dan adiknya, Hafiz, 40, menjadi apabila perniagaan itu mendapat sambutan menggalakkan berikutan tidak ramai yang membekalkan anak pokok tersebut ketika ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Hashidah berkata, sebelum ini dia bertugas di sebuah bank, namun telah berhenti kerja ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) manakala adiknya seorang kontraktor.

Katanya, tempoh PKP berpanjangan dengan pandemik masih berlarutan menyebabkan hidup mereka semakin terhimpit, lalu berpakat untuk membuka perniagaan sendiri bagi menyara keluarga masing-masing.

“Kami membeli 10,000 benih avocado dari Indonesia pada Mac lalu dengan harga RM10,000 sebelum menyemainya dalam polibeg

“Saya lega apabila benihnya tumbuh subur menjadi anak pokok dan selepas usaha kami tular di media sosial, ramai mula membuat tempahan termasuk dari Pulau Pinang, Johor dan Kedah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Hafiz pula berkata, anak pokok avocado dijual di tapak semaian mereka merupakan jenis ‘Mickey’ dan ‘Alligator’.

“Proses menyemai benih sehingga menjadi anak pokok tidak rumit sebagaimana disangkakan dan hanya mengambil masa kira-kira dua minggu sahaja. Pokok avocado mula berbuah selepas berusia lima tahun.

“Anak pokok avocado yang disemai ini kami jual pada harga RM25 sepokok,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya