Perubahan muka bumi, aliran sungai dikesan di Gunung Jerai - Utusan Malaysia

Perubahan muka bumi, aliran sungai dikesan di Gunung Jerai

AZHARI Mohamed (dua dari kanan) bersama-sama pegawai JMG melakukan tinjauan penyediaan data geospatial bencana banjir di Titi Hayun, Yan hari ini. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) mengesan berlaku perubahan ketara di kawasan puncak dan lereng Gunung Jerai terutama membabitkan bentuk muka bumi serta aliran sungai berikutan kejadian tanah runtuh dalam tragedi kepala air di sini pada 18 Ogos lalu.

Pengarah JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Abdullah Sulaiman berkata, perubahan itu dikesan hasil maklumat geografi dan analisis data geospatial berdasarkan pemetaan udara yang dilakukan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) di kawasan gunung tersebut.

Menurutnya, hasil daripada analisis terbabit pihak JMG turut mengesan perubahan terutama membabitkan fizikal sungai yang dahulunya bengkang-bengkok berubah menjadi lurus susulan tragedi itu.

“Daripada peta yang ditunjuk oleh pihak Jupem di kawasan sungai Titi Hayun, tiada alur sungai daripada peta yang asal tetapi peta yang dihasilkan selepas bencana pada 18 Ogos lalu, kita nampak alur sungai dengan jelas, sehingga sampai sehingga 50 meter.

“Maksudnya dari segi rupa bentuk sungai itu, kita nampak perbezaan nyata, contoh lain di puncak gunung, sebelum ini tiada parut atau kesan tanah runtuh, tapi sekarang kesan itu kelihatan,” katanya dalam satu sidang akhbar di Titi Hayun di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Datuk Dr. Azhari Mohamed.

Dalam kejadian aliran puing pada 18 Ogos itu, seramai enam penduduk terkorban dihanyutkan arus deras dan dihempap tanah runtuh.

Abdullah berkata, berdasarkan analisis sama, pihaknya mengesan ada aliran sungai di gunung itu yang dahulunya bengkang-bengkok kini menjadi lurus kesan daripada aliran puing.

“Analisis masih dijalankan sehingga hari ini, oleh itu pihak JMG masih tiada peratusan yang tepat perubahan yang berlaku di kawasan ini,” katanya.

Sementara itu, Azhari pula berkata, pengumpulan data geospatial dengan kaedah pemetaan udara di Gunung Jerai telah dilaksanakan pada 21 Ogos hingga 4 September lalu dengan menggunakan kapal terbang yang disewa khas pihaknya.

“Data yang dikumpul itu penting kerana ia menunjukkan perubahan yang berlaku secara fizikal kepada cerun bukit, jadi ini dapat membantu agensi teknikal membuat analisis.

“Kita juga boleh memberi satu faktor mitigasi kepada penduduk di sini supaya apabila melihat tanda awalan, mereka boleh bersedia untuk selamatkan diri dan maklumat yang dikutip JUPEM sesuatu yang amat penting,” ujarnya.

Mingguan Malaysia pada 29 Ogos lalu melaporkan tragedi kepala air Gunung Jerai, 18 Ogos lalu bulan sahaja memusnahkan harta benda dan meragut enam nyawa tetapi turut mengubah landskap beberapa perkampungan di kaki gunung tersebut.

Antara oerubahan ketara ialah terbentuknya lima aliran sungai baharu di kawasan dusun dan kebun getah bahkah empat buah rumah di Jalan Simpang Tiga, Kampung Jawa di sini pula kelihatan terkepung seperti sebuah pulau akibat pembentukan aliran sungai baharu tersebut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya