Pendaki maut kena sawan - Utusan Malaysia

Pendaki maut kena sawan

PEGAWAI perubatan Kementerian Kesihatan memerhati memeriksa pendaki yang meninggal dunia selepas diserang sawan ketika mendaki di Setia Alam Community Trail di Shah Alam, Selangor tengah hari tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Seorang pendaki maut apabila mengalami sawan ketika mendaki di Setia Alam Community Trail di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian pukul 12.43 tengah hari itu, mangsa yang berusia 30-an diserang sawan pada kedudukan 800 meter daripada lokasi permulaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.43 tengah hari dan anggota tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Katanya, seramai 10 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa yang datang dari Klang dikatakan mendaki berdua bersama rakannya.

“Dia disahkan meninggal dunia oleh anggota Kementerian Kesihatan dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Setia Alam Community Trail terletak di projek pembinaan rumah baru di kawasan Setia Eco-Park berdekatan Petron Setia Taipan. 

Lokasi ini mempunyai dua laluan masuk A dan B dan sesuai untuk mereka yang tiada pengalaman mendaki.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya