Pembatalan EIA kemenangan moral untuk nelayan - Nurul Izzah  - Utusan Malaysia

Pembatalan EIA kemenangan moral untuk nelayan – Nurul Izzah 

NURUL IZZAH ANWAR ketika hadir ke pusat Emergency Careline Covid-19 di Taman Guar Perahu, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menyifatkan pembatalan kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR) semalam sebagai satu kemenangan moral kepada golongan nelayan. 

 

Menurutnya, apa yang berlaku di Pulau Pinang itu sepatutnya dijadikan iktibar oleh Selangor yang dikatakan cuba melakukan penyahwartaan terhadap Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara. 

 

“Saya juga berharap akan ada perkembangan positif menerusi pengumuman daripada kerajaan Selangor mengenai perkara ini (penyahwartaan hutan simpan kekal) selepas ini. 

 

“Insya-Allah, apabila kita mengutamakan khazanah dan masa depan, kita pasti akan mengharapkan keputusan yang terbaik daripada kalangan pemimpin di peringkat tertinggi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. 

 

Nurul Izzah sebelum ini pernah menggesa kerajaan Pusat dan kerajaan negeri supaya membatalkan projek PSR terbabit dengan serta-merta. 

 

Katanya, projek tersebut telah tersasar daripada tujuan asalnya iaitu untuk membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) pada 2015. 

 

Sebaliknya kata beliau, PSR itu lebih banyak menumpukan kepada kepentingan sesetengah pihak serta mengabaikan kelestarian alam sekitar dan menjejaskan punca rezeki golongan nelayan. 

 

Bantahan secara terbuka yang dibuat pada 31 Mei lalu itu juga menjadikan beliau sebagai satu-satunya pemimpin PKR yang menentang projek berkenaan pada ketika itu.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya