Pemandu lori tersepit, lori remuk - Utusan Malaysia

Pemandu lori tersepit, lori remuk

ANGGOTA bomba sedang melakukan kerja-kerja menyelamat mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG : Seorang pemandu lori berdepan detik cemas apabila tersepit selepas lori muatan lima tan yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan berat lain di Kilometer (KM) 38.7 Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) arah selatan awal pagi tadi. 

Pegawai Bomba Kanan 11, Balai Bomba dan Penyelamat KLIA, Rosli Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 3.58 pagi sebelum sebuah jentera dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama lima anggota digerakkan ke lokasi kejadian. 

“Setiba di lokasi kira-kira pukul 4.08 pagi, pihak bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori muatan lima tan telah melanggar bahagian belakang sebuah lori lain.

“Bagaimanapun, lori yang dilanggar tersebut tidak dapat dipastikan kerana ia meninggalkan lokasi kejadian kemalangan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Rosli berkata, hasil siasatan mendapati terdapat seorang mangsa, lelaki berbangsa India berusia 30-an tersepit di bahagian pemandu. 

“Berikutan itu, kerja-kerja mengeluarkan mangsa terus dijalankan dan berjaya dikeluarkan dalam tempoh 20 minit,” katanya.  

Katanya, keadaan lori yang remuk teruk di bahagian hadapan, menyebabkan kerja-kerja menyelamat agak sukar ditambah pula keadaan fizikal mangsa yang berbadan besar. 

Beliau berkata, bagaimanapun mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan di kedua-dua belah kaki, dikejarkan ke Hospital Serdang dengan jentera EMRS. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya