Pemandu lori penghantar barangan rentung kemalangan - Utusan Malaysia

Pemandu lori penghantar barangan rentung kemalangan

KEADAAN lori penghantar barang yang musnah dalam kebakaran serta mengorbankan pemandunya di Jalan Tasik Utara-Larkin, Johor Bahru di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemandu lori penghantar barangan rentung terbakar selepas lori dipandunya terbabas di jalan berhadapan RTM Johor Bahru, Jalan Tasik Utara-Larkin, di sini pagi tadi.

 

Kejadian yang berlaku pada pukul 11.46 pagi itu mengorbankan nyawa pemandu lori, Muhammad Mustaqim Ismandi, 23.

 

Seramai 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin bersama sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), unit bermotor bomba dan pacuan empat roda Toyota Hilux.

 

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Timbalan Penguasa Bomba, Mohd. Suhaimi Jamal berkata, kejadian kebakaran melibatkan sebuah lori lima tan di lokasi kejadian.

 

Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat pemandu lori terperangkap di dalam lori ketika pihak bomba tiba di lokasi.

 

“Terdapat seorang mangsa yang tersepit dan rentung di dalamnya. Anggota bomba membuat pemadaman dan cuba mengeluarkan mangsa. 

 

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang ada di lokasi,” katanya di sini, hari ini. 

 

Menurut Mohd. Suhaimi, pasukan operasi bertindak menggunakan satu aliran salur bantu bagi memadamkan kebakaran yang menyebabkan 70 peratus kemusnahan pada lori tersebut. 

 

Katanya, kerja-kerja pemadaman masih lagi dilakukan dan anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan.

 

Difahamkan, mangsa yang memandu lori berkenaan berkonvoi dengan sebuah lagi lori daripada syarikat yang sama sebelum kejadian berlaku. 

 

Ketika di lokasi kejadian, mangsa cuba mengelak kon yang berada di atas jalan dan terbabas melanggar pokok di bahagian tengah jalan.

 

Kelihatan orang awam cuba membantu bagi memadamkan kebakaran dan menyelamatkan mangsa namun api marak dengan cepat. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya