Pas Perak jangka Anwar tanding kawasan bukan Melayu - Utusan Malaysia

Pas Perak jangka Anwar tanding kawasan bukan Melayu

RAZMAN Zakaria (tengah) menyampaikan sumbangan nanas kepada Penyelaras PPV Kerian, Dr. Ashrafun Nur Yeop untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan di Bagan Serai hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Pas Perak menjangkakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipelawa bertanding di negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, beliau yakin Anwar tidak berani untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu di negeri ini.

“Jangkaannya begitu (Anwar bertanding di kawasan bukan Melayu), sudah pasti beliau tidak berani untuk bertanding di tempat pengundi yang majoriti Melayu.

“Kalau bertanding di tempat majoriti pengundi Melayu, awal-awal lagi Anwar akan kalah.

“Jika pengundi di tempat yang Anwar hendak bertanding di Perak hendak rasa macam mana pengundi di Port Dickson yang ibarat  ‘tanam selepas itu tinggal’, maka silakan lah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan 300 nanas di kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kerian dekat sini hari ini.

Menurut Razman, Pas Perak tidak tergugat jika Anwar bertanding di Perak.

Beliau berkata, siapa sahaja boleh datang ke negeri ini untuk bertanding dalam pilihan raya kerana negara mengamalkan demokrasi.

“Tiada apa yang menghalang jika beliau (Anwar) nak datang bertanding di negeri ini.

“Lim Kit Siang (Penasihat DAP) pun pernah bertanding di Perak, jadi amat dialu-alukan jika Anwar hendak bertanding di negeri ini,” katanya.

Razman percaya rakyat menolak PKR Pakatan Harapan (PH) selepas 22 bulan parti itu menjadi kerajaan.

Menurutnya, ini kerana ketika PH menjadi kerajaan, berlaku ketidakstabilan politik.

“PH sentiasa bergolak. Semasa jadi kerajaan negeri pun bergolak hingga ada yang hendak jatuhkan menteri besar,” katanya. 

Sebelum ini, PKR Perak mendedahkan parti itu telah mempelawa Anwar untuk bertanding di kerusi Parlimen di negeri ini dalam PRU-15.Pas Perak jangka Anwar tanding kawasan bukan Melayu”Kalau bertanding di tempat majoriti pengundi Melayu, awal-awal lagi Anwar akan kalah.

Pengerusinya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, tawaran itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan PKR negeri baru-baru ini, sebagai langkah untuk mengukuhkan parti itu menawan negeri ini.

Menurutnya, kehadiran nama besar seperti Anwar di negeri ini memudahkan PKR untuk menawan Perak.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya