Pas optimis mampu jadi pendamai UMNO-Bersatu - Utusan Malaysia

Pas optimis mampu jadi pendamai UMNO-Bersatu

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Pas optimis mampu memainkan peranannya sebagai pendamai dalam memulihkan hubungan keruh antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walaupun usaha ke arah jalan damai itu masih di peringkat awal, namun sekurang-kurangnya ketiga-tiga parti Melayu-Islam berkenaan sudah boleh duduk berbincang bersama-sama berbanding situasi sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Mahu mendamaikan pihak yang berselisih pandangan itu membawa maksud yang baik dan positif, malah Pas sangat optimis kita boleh memainkan peranan tersebut.

“Apabila orang Melayu-Islam boleh duduk berbincang untuk kepentingan bersama, bagi saya itu merupakan keadaan yang sangat baik berbanding puluhan tahun lalu kita berada di meja berbeza dalam menyelesaikan masalah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahad lalu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad menegaskan parti itu kekal dengan pendirian untuk menjadi penyatu kepada UMNO dan Bersatu bagi menghadapi PRU Ke-15.

Idris berkata, Pas menolak sebarang muafakat berpecah sekali gus teguh mempertahankan Perikatan Nasional (PN) di samping mengukuhkan Muafakat Nasional (MN).

Sementara itu, Ahmad Samsuri memberitahu, apa yang penting kini ialah semua pihak perlu bekerjasama dalam menyelesaikan masalah rakyat sekali gus menyarankan para pemimpin agar lebih menumpukan hal tersebut berbanding politik berbalah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya