KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak bertanding merebut jawatan Presiden dalam pemilihan UMNO yang kini ditangguhkan sehingga tahun depan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, ketidaklayakan itu sama sebagaimana beliau tidak boleh bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana disabit atas kesalahan rasuah selain berhadapan pelbagai perbicaraan lain. Katanya, kekangan bertanding dalam pemilihan parti adalah selaras dalam Seksyen 9A(b) Akta Pertubuhan 1966 menyatakan seseorang hilang kelayakan daripada menjadi, tidak boleh menjadi atau masih menjadi sebagai seseorang yang memegang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya