Muar, Mersing dan Desaru Coast perlu dimasukkan dalam gelembung pelancongan - Utusan Malaysia

Muar, Mersing dan Desaru Coast perlu dimasukkan dalam gelembung pelancongan

ONN HAFIZ GHAZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri berharap tiga kawasan tumpuan pelancongan di negeri ini dipertimbang untuk dilaksanakan gelembung pelancongan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Menyambut baik pengumuman itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, inisiatif berkenaan merupakan sinar baharu kepada pemain industri pelancongan yang telah suram sejak pandemik ini.

Sehubungan itu, pihaknya memohon kerajaan Pusat melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk mempertimbang cadangan gelembung perjalanan bagi negeri itu.

“Alhamdulillah, Tourism Johor dan seluruh pemain industri pelancongan negeri ini menyambut baik inisiatif gelembung pelancongan untuk membenarkan destinasi yang telah mencapai kadar vaksinasi 80 peratus dibenarkan operasi.

“Johor memohon Pusat untuk mempertimbangkan tiga destinasi di negeri ini untuk inisiatif berkenaan iaitu Muar, Mersing dan Desaru Coast,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, Muar yang terkenal dengan panorama cantik, bangunan bersejarah dan makanan yang sedap telah mencapai imuniti kelompok pada 4 September 2021 dengan seramai 168,396 penduduk iaitu 84.24 peratus telah menerima dos kedua.

“Kepulauan Mersing atau lebih dikenali sebagai ‘Maldives of Malaysia’ telah mencapai 100 peratus vaksinasi atau 594 orang bagi keseluruhan penduduk dan pekerja resort.

“Manakala Desaru Coast yang dinobatkan sebagai ‘Worlds Greatest Places 2021’ telah mencapai 91 peratus vaksinasi melibatkan 1,210 pekerja yang telah menerima dos kedua,” jelasnya.

Sehubungan itu, Onn Hafiz berharap kerajaan pusat agar dapat mempertimbangkan permohonan kerajaan negeri untuk merancakkan kembali sektor pelancongan di Johor. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya