Mayat pemandu Myvi hanyut ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat pemandu Myvi hanyut ditemukan

Mayat pemandu Myvi yang ditemukan di sungai Kampung Dambai, Inanam di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Selepas empat hari pencarian, akhirnya mayat pemandu Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras di Sungai Kionsom Inanam ditemukan kira-kira pukul 1.30 petang hari ini.

Mayat Simon Sanga Tupe, 68, ditemukan penduduk kampung dalam keadaan tertiarap dalam timbunan pasir berhampiran sungai di Kampung Dambai dekat Sekolah Kebangsaan (SK) Pomotodon Inanam, dekat sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, mayat mangsa ditemukan penduduk kampung yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) berkenaan sejak hari pertama SAR dilakukan.

MOHD. ZAIDI ABDULLAH

“Mayat mangsa yang lengkap berpakaian itu dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I untuk menjalani ujian saringan Covid-19,” katanya.

Pada Jumaat lalu, satu rakaman video tular menunjukkan kereta Perodua Myvi dinaiki Simon bersama seorang penumpang dihanyutkan arus deras akibat banjir semasa cuba menyeberangi jambatan di Jalan Kionsom Lama, Inanam.

Dalam kejadian pada pukul 6.45 petang itu, kenderaan dinaiki kedua-dua mangsa terjunam ke dalam sungai dan dihanyutkan arus deras akibat banjir.

Mayat seorang lagi penumpang, Juning Maturun,37, ditemukan oleh penduduk kampung kira-kira pukul 11.28 pagi Sabtu di Sungai Dambai, Inanam. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya