Maut dikisar jentera bijih besi - Utusan Malaysia

Maut dikisar jentera bijih besi

LOKASI pekerja warga Indonesia maut terjatuh dalam jentera palong bijih besi di Aring 5, Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang lelaki warga Indonesia maut dalam keadaan mengerikan apabila badannya hancur dikisar jentera palong bijih besi di sebuah lombong di Kampung Aring 5, di sini, semalam. 

 

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi, Sakdan Muhammad, 36, dari Aceh Timur dikatakan baru selesai membuat pemeriksaan rutin sebelum terjatuh ke dalam jentera yang ketika itu dihidupkan pekerja lain.

 

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pemeriksaan rutin dibuat mangsa setiap pagi bagi memastikan jentera dalam keadaan terbaik sebelum operasi melombong bijih besi bermula.

 

“Setelah berpuas hati dengan keadaan mesin, dia memberi arahan kepada rakannya supaya membuka suis bagi memulakan operasi. Sebaik jentera dihidupkan, rakan mangsa turun ke bahagian bawah jentera.

 

“Ketika itu, mangsa dilihat berdiri atas jentera yang bergetar dengan kuat sebelum terjatuh ke dalam jentera. Rakannya tidak sempat mematikan enjin jentera tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 

Choon Foo berkata, polis yang menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 12 tengah hari bergegas ke lokasi dan menemukan mayat mangsa di dalam jentera palong terbabit. 

 

“Mangsa baru bekerja di lombong itu dua minggu lalu. Hasil siasatan di tempat kejadian dan keterangan saksi mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya. 

 

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat sebelum dirujuk kepada kedutaan Indonesia bagi urusan selanjutnya.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya