Lori muatan gula terbabas, pemandu maut - Utusan Malaysia

Lori muatan gula terbabas, pemandu maut

SEBAHAGIAN kampit gula berselerak di tepi jalan raya selepas sebuah lori terbabas ke tebing bukit dan pemandunya maut di Kilometer 43.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak berdekatan Bentong, Pahang. - GAMBAR/IHSAN IPD BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG : Seorang lelaki maut apabila lori membawa muatan gula dipandunya terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 43.5, Lebuh Raya Kuala Lumpur ke Karak berdekatan Bentong awal pagi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, pemandu lori tersebut, Mohamad Rahiziikmal Mohamad Her, 27, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, lori muatan gula itu dari sebuah kilang di Shah Alam, Selangor dalam perjalanan ke Kuantan, dekat sini tiba-tiba hilang kawalan apabila sampai kawasan selekoh di lokasi kejadian.

“Siasatan mendapati lori itu terbabas ke kiri jalan lalu terlanggar tebing bukit dan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, polis meminta orang ramai yang melihat kejadian itu tampil membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga kini, statistik kemalangan jalan raya di Kilometer 43.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur ke Karak menunjukkan sebanyak 14 kes dan melibatkan empat kematian. 

“Saya menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati memandu dan berhemah di samping kenderaan yang dipandu perlu diselenggara dengan baik dan selamat,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya