Lelaki warga emas rentung, isteri melecur dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Lelaki warga emas rentung, isteri melecur dalam kebakaran

Kebakaran rumah yang mengakibatkan lelaki warga emas rentung di Kampung Gunsing Novunsu, Penampang awal pagi tadi.-IHSAN Bomba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas rentung manakala, isterinya melecur pada bahagian muka dan badan dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Gunsing Novunsu, Penampang awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, empat anggota keluarga lain yang berada di rumah itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Zainal @ John Radsung berkata, mangsa rentung dikenali sebagai Godfrey Tozuu Moligan, 90, yang ditemukan di bilik tingkat bawah rumah tersebut.

Beliau berkata, anak mangsa memaklumkan, keadaan bapanya yang terlalu uzur menyebabkan mangsa tidak dapat untuk bergerak bagi menyelamatkan diri.

“Anak mangsa yang menyedari kejadian itu cuba untuk menyelamatkan bapanya tetapi gagal kerana asap begitu tebal dan keadaan terlalu gelap.

“Semasa bomba tiba di lokasi kejadian, api sudah merebak pada sebahagian dari rumah dua tingkat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isteri mangsa, Josepha Lojikim, 89, yang mengalami kecederaan akibat melecur di bahagian muka dan badan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Empat mangsa yang terselamat ialah Claulis Tozuu, 68, Charlene Peter @ Peteh, 38, Cassella Peter, 33, dan Rojianah Taimpim, 35.

Zainal berkata, bahagian forensik bomba masih menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kebakaran.

Tambahnya, api berjaya dikawal daripada merebak pada pukul 4.24 pagi dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada pukul 5.56 pagi.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya