Lelaki rentung dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Lelaki rentung dalam kebakaran

ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa yang ditemukan rentung di Kampung Nyaris-Nayris Bongawan, Papar pagi tadi.-IHSAN Bomba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran di Kampung Nyaris-Nyaris Bongawan, Papar awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.26 pagi itu, mayat mangsa Abdul Rahman Abu,38, ditemukan di bahagian bilik mandi rumah yang musnah terbakar 90 peratus itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd. Johainin Ruslan berkata, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak pada jarak sembilan kilometer dari balai.

Semasa anggota memadamkan kebakaran, terdapat seorang mangsa ditemukan rentung berada di bahagian bilik mandi rumah dalam bilik utama rumah berkenaan.

Beliau berkata, ibu mangsa memaklumkan anaknya yang masih bujang itu tinggal bersendirian di rumah tersebut.

“Hasil siasatan awal unit forensik bomba mendapati, mangsa dipercayai terperangkap ketika cuba menyelamatkan diri daripada kebakaran.

“Mayat mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 6.30 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, turut terbakar dalam kejadian itu adalah sebuah kereta Proton Saga yang terbakar 30 peratus.

Mohd. Johainin berkata, api berjaya dikawal pada pukul 3.48 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.30 pagi. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya