Lelaki OKU dihanyutkan arus banjir ditemukan selamat - Utusan Malaysia

Lelaki OKU dihanyutkan arus banjir ditemukan selamat

OPERASI mencari dan menyelamat lelaki OKU di Kampung Kudou, Sugud Penampang semalam-IHSAN Bomba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) berhadapan detik cemas apabila dihanyutkan arus banjir yang berlaku di Kampung Kudou, Sugud Penampang petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang semalam, mangsa, Chong Chee San, 61, dilaporkan hanyut dibawa arus banjir dan ditemukan selamat kira-kira tiga jam selepas mangsa dihanyutkan.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Asama Saruddin berkata, mangsa ditemukan oleh orang awam  pada pukul 7.57 malam dalam keadaan selamat.

Beliau berkata, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan mengenai lelaki yang dihanyutkan itu, pasukan bomba turut bergerak ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Kemudian, pasukan bomba dimaklumkan mangsa ditemukan oleh orang awam dalam keadaan selamat dan operasi tamat pada 8.50 malam.- UTUSAN  ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya