Lelaki maut kenderaan terbabas jatuh gaung - Utusan Malaysia

Lelaki maut kenderaan terbabas jatuh gaung

Kenderaan dinaiki mangsa yang terbabas lalu jatuh ke dalam gaung di Kampung Kiambalang, Inanam di Kota Kinabalu semalam.-IHSAN Bomba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut apabila kenderaan dinaiki terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di Kampung Kiambalang, Inanam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, lelaki berusia 56 tahun yang memandu kenderaan pacuan empat roda itu didapati terbabas ke dalam gaung dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.04 malam dan tiga jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, sebuah kenderaan pacuan empat roda dilihat terbabas ke dalam gaung.

“Mangsa, seorang lelaki yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambah beliau, pemeriksaan sekitar lokasi dijalankan bagi memastikan tiada bahaya lain dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.30 malam.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya