Lelaki maut dilanggar kereta api - Utusan Malaysia

Lelaki maut dilanggar kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang lelaki maut dipercayai dilanggar kereta api di Kilometer (KM) 4.5 Landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhampiran kawasan perusahaan Perai di Kampung Jawa, di sini malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu, mangsa disyaki dilanggar kereta api yang berada di laluan landasan KTMB dari arah Butterworth menghala ke Bukit Mertajam. 

SHAFEE ABDUL SAMAD

“Dalam kejadian itu, mangsa yang juga warga tempatan berusia dalam lingkungan 40-an mengalami kecederaan parah. 

“Akibatnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini untuk tujuan saringan Covid-19 dan bedah siasat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Shafee berkata, siasatan awal polis juga mendapati tidak terdapat sebarang unsur jenayah dalam kes itu dan buat masa ini, kes itu telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak menceroboh mana-mana kawasan yang dipagari atau cuba melintas landasan milik KTMB kerana boleh membahayakan nyawa serta mengundang kepada kerosakan harta benda,” ujar beliau.  -UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya