Lelaki ditemukan separuh sedar atas batu di Pulau Pangkor - Utusan Malaysia

Lelaki ditemukan separuh sedar atas batu di Pulau Pangkor

ANGGOTA Maritim melakukan pemindahan perubatan terhadap seorang lelaki yang ditemui separuh sedar di Teluk Dalam, Pulau Pangkor tengah hari semalam. - UTUSAN/IHSAN MARITIM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Seorang lelaki berusia 43 tahun ditemukan terdampar dalam keadaan lemah dan separuh sedar di atas batu di perairan Teluk Dalam, Pulau Pangkor, tengah hari semalam.

 

Berikutan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak menghantar sepasukan anggota menaiki bot Benteng 6 ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat orang ramai.

 

Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, pasukan itu tiba di lokasi kejadian pada pukul 1.10 tengah hari bagi melakukan pemindahan perubatan (Medevac) bagi menyelamatkan mangsa.

 

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, anggota menemukan seorang lelaki warga tempatan dalam keadaan lemah dan separa sedar terbaring di atas batu,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

 

Menurut Shahrizan, kru Benteng 6 bersama komuniti nelayan setempat  telah berusaha memberi bantuan kecemasan dengan menyelamatkan dan membawa mangsa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan sebelum dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut. 

 

Beliau menjelaskan punca kejadian akan disiasat berikutan mangsa masih trauma serta lemah dan tidak dapat berkomunikasi.

 

Katanya, Maritim Perak meminta orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya