Lelaki didakwa terjun sungai sebenarnya tergelincir - Utusan Malaysia

Lelaki didakwa terjun sungai sebenarnya tergelincir

TANGKAP layar video tular yang menunjukkan pasukan perubatan memberi rawatan awal kepada mangsa yang tergelincir di Sungai Mengkabong, Tuaran semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Rakaman video tular menunjukkan seorang lelaki dilihat terjun di Sungai Mengkabong, Tuaran sebenarnya, tergelincir.

Itu penjelasan yang diberikan Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah mengenai dakwaan lelaki terjun sungai yang tular menerusi satu rakaman video dalam media sosial sejak semalam.

Beliau berkata, pegawai yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) berhampiran Kampus Intan dimaklumkan tentang seorang lelaki terjatuh di Sungai Mengkabong pada pukul 8.35 pagi semalam.

Apabila pasukan polis tiba di lokasi kejadian, siasatan mendapati mangsa bersama bapa saudaranya pergi ke sungai itu untuk memancing pada pukul 7.30 pagi.

Bagaimanapun, semasa hendak duduk di rod besi bersebelahan jambatan tersebut, mangsa tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai.

“Bapa saudara mangsa terus turun ke sungai untuk melihat keadaan mangsa. Kemudian, dia sempat meminta bantuan kenderaan yang lalu di situ untuk memaklumkan kejadian berkenaan kepada petugas polis di SJR berhampiran,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mohd. Zaidi berkata, kejadian itu merupakan satu kemalangan dan tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.

Jelasnya, mangsa hanya mengalami kecederaan pada bahagian paha dan kaki dan sudah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih mengenai insiden tersebut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya