Lebih baik bawa usul masalah rakyat - Pak Wan - Utusan Malaysia

Lebih baik bawa usul masalah rakyat – Pak Wan

MOHD. REDZUAN Md. Yusof (tengah) menyampaikan kit makanan kepada golongan asnaf di Masjid Al-Qaniteen, Kampung Tanjung Rimau, Gadek, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat sewajarnya tidak perlu diadakan, kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof.

 

Sebaliknya, kata Ahli Parlimen Alor Gajah itu, semua wakil rakyat terutama pihak pembangkang perlu memberi keutamaan membawa usul soal kepentingan rakyat yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19.

 

Katanya, penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkenaan keabsahan Perdana Menteri tidak perlu dipertikaikan kerana ia dibuat mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

 

“Sudah cukup jelas pelantikan Ismail Sabri dibuat mengikut undang-undang dan kuasa melantik adalah di bawah Yang di-Pertuan Agong.

 

“Yang di-Pertuan Agong sudah perkenan pelantikan Ahli Parlimen Bera dan mengapa kita perlu pertikai lagi hingga hendak bawa usul undi percaya. 

 

“Bagi saya, tidak ada keperluan mana-mana pihak untuk mengemukakan usul undi percaya di Parlimen nanti. Lebih baik bawa usul masalah rakyat kerana ini lebih penting,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Tanjung Rimau, Gadek di sini hari ini.

 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran bank makanan dan penyampaian kit makanan kepada golongan asnaf di Masjid Al-Qaniteen.

 

Mengulas mengenai bank makanan yang dilancarkan, Mohd. Redzuan berkata, penduduk sekitar yang terkesan ekoran Covid-19 kini boleh mendapatkan kit makanan di situ.

 

Menurutnya, beberapa masjid lagi dalam Parlimen Alor Gajah akan turut dijadikan sebagai lokasi bank makanan untuk memudahkan pemberian kit makanan kepada kelompok memerlukan.

 

“Hari ini kita keluar ke tempat-tempat yang kita jangkakan, mereka ini memerlukan bantuan dengan maklumat yang didapati daripada ahli jawatankuasa kariah setempat.

 

Food Bank yang diwujudkan adalah bantuan berterusan dan bukannya one-off. Bantuan ini adalah bersasar kepada mereka yang memerlukan,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya