Langgar lampu merah, penunggang motosikal maut digilis lori - Utusan Malaysia

Langgar lampu merah, penunggang motosikal maut digilis lori

KEADAAN mayat penunggang motosikal yang digilis lori di persimpangan lampu isyarat di Jalan Ipoh-Kuala Kangsar di Sungai Siput hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT: Akibat melanggar lampu isyarat merah, seorang penunggang motosikal maut digilis sebuah lori di Kilometer 28.5, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar di sini hari ini.

 

Kejadian pada pukul 8.15 pagi berhampiran lampu isyarat menghala Lintang itu mengorbankan lelaki berusia 60-an di tempat kejadian.

 

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kejadian berlaku ketika lori muatan tanah dipandu lelaki berusia 30-an itu dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar ke Ipoh.

 

Katanya, apabila tiba di tempat kejadian, sebuah motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang mangsa dari arah Lintang ke Sungai Siput dipercayai melintas dan melanggar lampu isyarat merah.

 

“Tindakan mangsa itu menyebabkan pemandu lori tidak sempat mengelak dan memberhentikan kenderaan lalu melanggar dan menggilis mangsa.

 

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak cedera,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat dan pemandu lori pula ditahan untuk siasatan lanjut.

 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya