Lampin bayi antara sampah ditinggalkan pengunjung - Utusan Malaysia

Lampin bayi antara sampah ditinggalkan pengunjung

LONGGOKAN sampah yang ditinggalkan pengunjung yang ditemukan di pantai Ban Pecah dekat Parit Buntar. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR:  Lampin pakai buang bayi antara sampah yang ditinggalkan pengunjung tanpa pengurusan yang betul selepas berekreasi di pantai Ban Pecah, Tanjung Piandang dekat sini.

 

Tinjauan Utusan Malaysia ke pantai itu turut menemukan sisa makanan, sampah plastik, bekas botolk dan bekas makanan yang dibuang merata-rata tempat.

 

Keadaan itu amat dikesali setelah kawasan perkelahan terkenal itu sebelum ini bersih daripada sampah sarap di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan Covid-19.

 

Namun, setelah kerajaan memberi kebenaran kepada orang ramai melakukan aktiviti rekreasi dan riadah bagi negeri di bawah fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), pengunjung mula membanjiri pantai tersebut pada hujung minggu.

 

Perbuatan pengunjung yang meninggalkan sampah sarap di kawasan riadah itu amat tidak bertanggungjawab dan dikesali.

 

Masalah sampah di pantai Ban Pecah turut mendapat perhatian exco kerajaan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri yang berkata, sampah yang terdapat di pantai Ban Pecah tidak hanya dibuang oleh pengunjung.

 

Menurutnya, ada sampah yang terdampar di pantai itu dibawa air laut.

 

Katanya, masalah sampai yang ditinggalkan pengunjung di pantai itu berpunca daripada kurangnya kesedaran sivik dan tiada rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar.

 

“Perbuatan tidak bertanggungjawab ini tidak sepatutnya berlaku kerana Majlis Daerah Kerian (MDK) telah menyediakan tong sampah di kawasan pantai ini sejak lebih setahun lalu untuk pengunjung mudah membuang sampah.

 

“Jadi saya minta pengunjung di pantai agar membuang sampah di tempat yang telah disediakan.

 

“Jika tong sampah agak jauh atau tidak berada di lokasi yang dikunjungi, pastikan sampah dikutip dan dibawa balik untuk dibuang,” katanya.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya