Kren tapak pembinaan tumbang - Utusan Malaysia

Kren tapak pembinaan tumbang

Sktruktur kren di tapak pembinaan sebuah hospital swasta di Jalan Masjid Negeri, Pulau Pinang tumbang dengan sebahagiannya menimpa laluan pejalan kaki berhampiran tapak projek berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN : Struktur kren di tapak pembinaan sebuah hospital swasta di Jalan Masjid Negeri di sini tumbang semalam dengan sebahagiannya menimpa laluan pejalan kaki berhampiran tapak projek berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden berkenaan.

Bagaimanapun, berlaku kerosakan di laluan pejalan kaki yang ditimpa sebahagian daripada kren yang tumbang berkenaan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ar. Yew Tung Seang berkata, pihaknya telah mengarahkan perunding projek itu untuk menyerahkan laporan mengenai kejadian tersebut.

“Kami akan mengambil tindakan sewajarnya berhubung kejadian berkenaan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya