Kreativiti rekaan ikon Nur Fatihah - Utusan Malaysia

Kreativiti rekaan ikon Nur Fatihah

KREATIVITI Nur Fatihah membolehkannya memenangi Pertandingan Rumah Tercantik Jalur Gemilang di Kampung Sungai Timun, Rembau.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Bermula dengan barangan kitar semula seperti surat khabar dan baldi, ia berjaya diolah menjadi binaan dan rekaan menarik oleh seorang gadis di Kampung Sungai Timun, di sini.

Nur Fatihah Aziz, 26, berkata, dia telah membina bangunan dengan rekaan seperti Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, bangunan Parlimen dan Tugu Negara sejak dua minggu lalu.

Kreativitinya itu berjaya menarik perhatian juri dan ia muncul sebagai johan pada pertandingan Rumah Tercantik Jalur Gemilang anjuran komuniti setempat, kelmarin.

Jelasnya, sejak lima tahun lalu, ayahnya, Aziz Salim, 66, yang merupakan seorang bekas tentera sudah membina tiga tiang bendera di hadapan rumahnya.

“Memang sejak lima tahun lalu, tiga bendera berkibar megah di hadapan rumah sepanjang tahun iaitu Jalur Gemilang, bendera Negeri Sembilan dan bendera parti politik.

“Semangat ayah itu mengalir dalam diri saya dan pada tahun lepas, saya mula membina Menara Berkembar Petronas menggunakan batu semasa sambutan Bulan Kebangsaan,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Timun, di sini, kelmarin.

Nur Fatihah berkata, sempena sambutan bulan kebangsaan tahun ini, dia mengambil inisiatif untuk membina lebih banyak lagi bangunan terkenal di negara ini menggunakan barang kitar semula.

Menurutnya, Menara Berkembar Petronas itu diubah menggunakan bahan seperti baldi dan surat khabar supaya lebih kekal serta mudah diuruskan berbanding batu.

“Saya pilih bagunan-bangunan berkenaan kerana ia menjadi bukti pencapaian terbaik pembangunan negara di bawah pemerintahan pemimpin kerajaan pada masa itu.

“Tidak menggunakan modal yang besar kerana barangannya semua ada di rumah. Bekas telur pula saya susun menjadi bangunan Parlimen,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Nur Fatihah berkata, dia sekeluarga juga tekag berbelanja lebih RM300 bagi membeli lebih 100 Jalur Gemilang pelbagai saiz untuk dikibarkan di sekeliling rumah sempena bulan kebangsaan tahun ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya