KPDNHEP periksa 339 premis pembekal, peruncit ayam - Utusan Malaysia

KPDNHEP periksa 339 premis pembekal, peruncit ayam

MOHD. Zawawi Mughni memantau harga semasa ayam bersama Muhammad Zikril Azan sewaktu walkabout pemantauan harga ayam di Pasar Awam Seksyen 6 Shah Alam, Selangor pada hari ini. UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Sebanyak 339 premis terdiri daripada pembekal dan peruncit ayam di Selangor diperiksa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor sejak 13 sehingga 19 September lalu.

 

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, daripada jumlah itu, 247 premis sedia patuh jual pada harga lebih rendah dan pada harga yang disarankan iaitu RM9.50 manakala 86 premis lagi bersetuju membuat perubahan harga jual.

 

Katanya, sebuah premis pula didapati menurunkan harga secara serta-merta kepada RM9.50 dan enam lagi premis lain setuju secara bersyarat untuk menurunkan harga iaitu apabila pembekal dapat menjual dengan harga borong yang lebih rendah. 

 

“Pemeriksaan harga ayam yang dijalankan sejak 13 September lalu di pasar-pasar utama dan premis runcit di seluruh negeri telah menunjukkan penurunan dan kestabilan harga runcit, iaitu harga purata jualan runcit ayam telah mula dijual di antara RM8.50 sehingga RM9.50.

 

“Harga ini adalah hasil daripada semakan semula dan perubahan harga yang dibuat oleh pihak peniaga semasa pemeriksaan penguatkuasaan dijalankan oleh Penguatkuasa KPDNHEP Selangor,” katanya dalam sidang akhbar selepas menjalankan pemeriksaan dan pemantauan harga ayam di Pasar Awam Seksyen 6, di sini hari ini.

 

Turut hadir Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah.

 

Mengulas lanjut, Mohd. Zawawi berkata, pendekatan yang telah diambil oleh KPDNHEP Selangor menerusi sesi libat urus bersama peniaga di setiap peringkat rantaian bekalan ayam telah memberikan hasil yang positif apabila peniaga bersetuju memberikan kerjasama menurunkan harga masing-masing dan mengekalkan keuntungan yang munasabah. 

 

Ujarnya, sebanyak dua notis tindakan pengeluaran Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPBM) di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 juga telah dikeluarkan kepada peniaga untuk mendapatkan maklumat terperinci. 

 

“Kedudukan harga ayam di pasaran Selangor kini dalam situasi terkawal dan stabil. 

 

“Pengguna digalakkan untuk terus membuat pembelian secara bijak dengan sentiasa membuat semakan dan perbandingan harga berdasarkan lokasi semasa pengguna dalam radius 10 kilometer menggunakan Aplikasi Price Catcher,” ujarnya. 

 

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh dibuat melalui saluran rasmi yang disediakan iaitu kepada portal [email protected] atau menghubungi 1800 886 800. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya